OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat industri di England
pada abad ke-18 dan 19
Masyarakat industi merujuk
kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian . Masyarakat ini
dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara
besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam
pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.Kemunculan
masyarakat industri bemula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18.
Masyarakat industri telah menggantikan
masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri
daripada dua golongan iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Istilah
masyarakat industri mula-mula diperkenalkan oleh seorang tokoh sosialis Perancis
, iaitu Saint-Simon. Namun begitu idea berhubung konsep masyarakat industri
muncul lebih awal lagi. Seorang tokoh berbangsa Scott mengemukakan konsep ‘masyarakat
komersial’ dalam penulisan beliau. Menjelang abad ke-19, tokoh sosiologi
terkenal seperti Herbert Spencer, Auguste Comte, Max Weber dan Karl Marx
menggunakan istilah ini secara meluas.[1]
Ciri-ciri Masyarakat
Industri:
a) Kegiatan ekonomi
Pada peringkat awal, masyarakat
industri di England bekerja di kilang-kilang tekstil.Masyarakat bergantung
kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi
menyara hidup.
b) Mobiliti sosial
Perkembangan pesat dalam bidang
perindustrian menyebabkan tataf hidup golongan pekerja meningkat.Peningkatan
dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan ang tinggi.[2]
c) Pengkhususan kerja
Penggunaan mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan berlaku pengkhususan kerja.Pekerja-pekerja hanya perlu
melakukan sebahagian daripada kerja untuk menghasilkan sesuatu barangan.(pengkhususan
kerja)
d) Kemunculan kelas
Peningkatan dalam pengeluaran
menyebabkan mereka menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan
golongan kelas menengah dalam masyarakat.Masyarakat industri tergolong kepada
dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.Menjelang tahun 1851, ramai
penduduk berhijrah ke bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool.
Perkembangan ini melahirkan proses pembandaran terutamanya di bandar-bandar
perindustrian.
e) Masyarakat Literasi
Merupakan masyarakat yang
berilmu pengetahuan dan berpendidikan. Masyarakat industri terdedah kepada unsur-unsur
demokrasi dalam kehidupan mereka.Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan
golongan pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.Sebagai contoh, David
Ricardo memperjuangkan hak golongan pekerja di parlimen England.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan