Masyarakat agraria ialah masyarakat yang
berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
Kebiasaannya petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di
lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, Serta kawasan yang mempunyai sistem
saliran yang baik. Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585
selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari
Sepanyol. Rvolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat
Belanda di Eropah. Revolusi teknik pembinaan kapal,telah menjadikan Belanda
sebagai kuasa perdagangan di Eropah yang membawa kepada perkembangan pelabuhan
di Amsterdam. Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16
hingga ke-17. Manakala, negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia
dan terbesar di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 595 960 kilometer
persegi atau 3 599 975 batu persegi. Namun demikian, dua pertiga
daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan
utara. Kawasan tertinggi ialah dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000
meter atau 13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara,
iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun Taklamakan. Hampir
keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai untuk pertanian
hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Terdapat persamaan dan juga perbezaan
antara ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda dan China.
Persamaan antara masyarakat agraria
Belanda dan China ialah kedua-duanya menjalankan ekonomi pertanian. Kedua-dua
negara ini juga menjalankan aktiviti mengekspot hasil pertanian .mereka.
Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijiirin seperti gandum,
barli, oat yang menjadi sumber utama pertanian.Belanda Tanaman lain pula yang
diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan.Manakala tanaman
utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang
banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.Tanaman lain turut
diusahakan seperti tanaman kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin
lain. Masyarakat China,yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam
padi huma sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.
Selain itu, kedua-dua negara tersebut
juga menjalankan industri swasta seperti industri tekstil. Contohnya di Belanda
, pada kurun ke-17, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan terutamanya dalam pengeluaran kain-kain jenis
woolen, says, fustians dan camlets.Perkara ini telah mendorong pertambahan
pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an.
Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluaran kain linen utama untuk
dipasarkan ke Eropah. Manakala di China Soochow muncul sebagai pusat industri
tekstil dan perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh
petani di Kiangnan.
Perbezaan lain ialah masyarakat agraria
di Belanda menjalankan ekonomi penternakan
dan perikanan,Manakala di China
menjalankan ekonomi perusahaan pertukangan dan penubuhan persatuan. Contohnya
di Belanda, penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan ternusu.
Belanda menjadi tempat utama pentemakan lembu. Lembu-lembu daging yang ditemak
akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di selatan. Pengeksportan
lembu-lernbu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500
hingga 1660. Selain itu di Belanda juga, dianggarkan satu per lima daripadanya
terlibat dengan industri perikanan yang menguntungkan Belanda.
Manakala di China masyarakat agraria
juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan yang diusahakan secara
perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka mengetahui cara
perkongsian modal bersama atau joint stock. Mereka turut berkongsi tanggungjawab
terhadap kemajuan perniagaan. Selain itu di China juga seluruh perusahaan di
China bergabung membentuk kesatuan. Antaranya ialah persatuanpenenun,kesatuan
peniagabank,kesatuan peniaga pakaian,dan
kesatuan peniaga emas.
Kesimpulannya,persamaan antara
masyarakat agraria Belanda dan
China ialah dari segi ekonomi pertanian
dan industri swasta. Manakala perkara yang membezakan masyarakat agraria di
Belanda dan China ialah dari segi pelaksanaan ekonomi penternakan lembu dan
perikanan di Belanda serta perusahaan
pertukangan dan penubuhan persatuan perusahaan di China.Ekonomi agraria Belanda
lebih terbuka, sedangkan ekonomi agraria China lebih tertutup. Kedua-dua
masyarakat Belanda dan China memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang
memberi pendapatan yang lumayan kepada
mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan