Unit 1. Masyarakat Agraria.
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Masyarakat
Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian
menunjukkan Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian
pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman,
Itali dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17
membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan
teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang
lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti
biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil
pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17
lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan
muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]
1. Konsep /definisi Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria
merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertanian sebagai sumber
kehidupan mereka. Masyarakat ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk
tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka.Masyarakat agraria tinggal menetap
di kawasan pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan
pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan
tanah lanar yang subur.[2]
2. Ciri-ciri masyarakat Agraria di Belanda.
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama ialah
pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis
tanaman, antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan
seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin pula
seperti barli, gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.
Pada peringkat awal barli merupakan
tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil alih oleh
tanaman gandum.Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman dagang
seperti hemp, biji kol, dan mader.
Masyarakat Belanda juga menjalankan
kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu
dan kambing. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan
susu, mentega dan asan tenusu utamaialahdi utara Amsterdam dan
di wilayah Waterland. Hasil
tenusu Belanda juga banyak
dieksport ke kawasan selatan.[3]
Petempatan
Masyarakat membina penempatan
di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur.Antara kawasan tanah lanar
yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agtana di Belanda ialah di
wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect
Pembinaan Sistem Pengairan
Masyarakat Belanda berkemahiran
dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk
mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai
untuk tujuan pertanian.Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan
secara insentif.
Masyarakat agraia Belanda juga
membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi
tujuan pertanian
Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah
Mereka mencipta pelbagai teknik
dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan
untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan
ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.
Pengenalan kaedah pertanian baru
Antara kaedah petanian yang
dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan
kesuburan tanah. Peralatan tenggala baru telah dicipta.
Kaedah penggiliran tanaman juga mula
dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara
tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang
dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah Wales
pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah
Brabant pada tahun 1800.
Pengenalan sistem pengiliran tanaman
telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.
Penambakan laut untuk kawasan pertanian
Aktiviti penambakan laut telah dijalankan
untuk meluaskan kawasan pertanian. Kesannya pada suku pertama abad ke-17
kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian
tetapi juga meningkatkan hasil pertanianUntuk tujuan memugar dan membajak tanah
pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan pertanian dij
alankan secara besar-besaran.[4]
[1] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),22.
[2] SivachandralingamSundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2015),23.
[3] “Masyarakat Agraria”, dalam
Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),12.
[4] Ibid,14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan