Oleh-Ahmad Yaakob
England berada dalam pemerintahan beraja
mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII
pada tahun 1485 dan baginda merupakan pengasas Dinasti Tudor. Sistem
pemerintahan ini terus diamalkan sehingga tahun 1603.Pemerintahan sistem beraja
mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku
Revolusi Cemerlang di England.[1]
1.Dinasti Tudor.
Raja Henry VII - 1485-1509
Raja Henry VIII - 1509-1547
Mary I - 1553-1559
Ratu Elizabeth I - 1559-1603.
Setelah berakhir Perang Bunga Ros,
makoriti masyarakat di England bersetuju menerima sistem pemerintahan beraja
mutlak sebagai alternatif untuk menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku
sebelum ini.[2]
Melalui sistem pemerintahan beraja mutlak
di England, raja berkuasa penuh menggubal dan melaksanakan dasar Kedudukan raja
mengatasi undang-undang. Sistem ini dapat membentuk kerajaan yang stabil dan
mendapat sokongan rakyat. Raja menjalankan pemerintahan berdasarkan Magna Carta
atau Piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.
Sistem ini tidak mementingkan kesucian
raja. Raja-raja Tudor bekerjasama dan mengawal dua buah parlimen England iaitu
House of Lord dan House of Common. House of Lord ialah golongan tuan tanah yang
kaya, golongan Bishop dan Kerabat Diraja. House of Common terdiri daripada
knight, orang kaya dan peguam.[3]
Raja berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut Protestan) terhadap
golongan Anglican.[4]Anglican
ialah gereja kebangsaan di England.
Raja-raja Tudor yang memerintah England
berjaya mengawal kedua-dua gereja tersebut dengan baik. Raja-raja seperti Raja
Henry VII, Raja Hendry VIII dan Ratu ElizabethI tidak mementingkan prinsip
kesucian raja dalam melaksanakan pemerinahan mereka.[5]
Dinasti Stuart (1603-1702)
Raja James I
Berpegang kuatkepada doktrin
kuasa raja suci raja. Dasar pemerintahan Raja James I memihak kepadamazhab
Katolik. Beliau menghawinkan puteranya dengan puteri Perancis yang bermazhab
Katolik. Raja James I membubarkan parlimen pada ahun 1611.[6]
Raja Charles I
Raja Charles I tidak menyukai
golongan puritan. Baginda membelakangi parlimen dalam kutipan cukai. Raja
Charles I menahan 9 orang ahli parlimen yang menentang baginda. Raja Charles I
membubarkan parlimen dan memerinah secara mutlak selama 11 tahun.
Raja Charles I juga mengenakan pelbagai jenis cukai. Baginda
memaksa rakyat memberi saguhati kepada beliau. Sesiapa yang enggan akan
dipenjarakan. Tindakan Chales I akhinya telah mendorong Parlimen memaksa beliau
menandatangani Pengisytiharan Hak pada
tahun 1628. Antara syarat pengisytiharan tersebut ialah :
a)Raja tidak akan menggunakan
angkatan tentera Diraja untuk kepentingan sendiri.
b)Raja tidak akan memenjarakan
rakyat tanpa sebab.
c)Raja tidak akan memungut
cukai tanpa kebenaan parlimen.
Tindakan Charles I yang ingin
menangkap pemimpin Parlimen akhirnya mencetuskan Peang Saudara antaa puak raja
dan puak parlimen. Perang saudara yang tercetus adalah untuk memutuskan dua
perkaa penting iaitu sama ada Raja atau Parlimen yang akan memerintah England
dan sama ada kepercayaan High Church Party atau Puritan menjadi agama rasmi England.
Perang Saudara berlaku antara tahun
1642-1446 dengan kemenangan bagi pihak parlimen pimpinan Oliver Cromwell yang
berkalibel. Raja Charles I mendapati dirinya tidak berkuasa dalam Parlimen.
Charles I dihukum pancung oleh Parlimen Rumph.[7]
[1]“Raja
Mutlakdan Raja Berperlembagaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,62.
[2]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
[3]Ibid,125.
[4]“Raja
Mutlak dan Raja Berperlembagaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,63.
[5]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
6]“Raja
Mutlakdan Raja Berperlembagaan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,63.
[7] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai
Letchumanan, Sejarah Dunia
1500-1955 (Shah Alam: Oxford
Fajar,Edisi Kedua 2015),129.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan