Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep Raja Mutlak
Kemunculan negara bangsa pada
abad ke-15,meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan beraja mutlak di
Eropah pada abad ke-16 dan 17.Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sitem
kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui
sistem ini,kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem ini dapat
dikesan di Perancis pada abad ke-16 dan 17.[1]Perancis
mengamalkan pemerintahan sistem beraja
mutlak di bawah pemerintahan
Raja Louis XIV yang telah memerintah Perancis selama 72 tahun.[2]
Raja mutlak di Perancis.
Raja merupakan sumber kepada
segala kekuasaan dan undang-undang di dalam sebuah negara.Contoh Raja Louis ke-
XIV, Raja Perancis (1638-l7l5) pernah berkata 'o L'etot c'est moi" (Negara
adalah beta)
ii. Raja berkuasa ke atas
gereja
Raja perlu berikrar menjaga dan
pertahankan agama negara iaitu Kristian mazhab Katolik Kuasa pope ke atas
gereja telah berjaya dikurangkan oleh raja.Raja berkuasa melantik biskop dan
ketua biara.Mereka yang dilantik oleh raja akan lebih mentaati raja, ini telah
memberi kelebihan kepada raja untuk mengawal gereja dengan lebih mudah.
iii. Dibantu oleh golongan
bangsawan.
Pemerintah monarki Perancis
pandai mengambil hati para bangsawan dengan memberi mereka pencen yang tinggi dan
ditawarkan kerja-kerja yang memberikan gaji yang lumayan.Golongan ini
bertanggungiawab membekalkan angkatan tentera untuk membentengi negara tidak berjaya.
Kesempatan ini bejaya dimanafaatkan oleh
raja mereka. Raja berjaya memperolehi hak untuk memiliki tentera yang bersiap
sedia (standing army).Contoh Louis XIV berjaya mempunyai angkatan tentera yang
terbesar, paling lengkap dan cekap di Eropah.
iv. Kuasa untuk memungut cukai
mereka sendiri tanpa sekatan. Ini memberi kelebihan kepada raja untuk membuat
perancangan pentadbiran, ketenteraan dan menanggung perbelanjaan kerajaannya
sendiri.
Raja Perancis hidup mewah dengan membina
istana-istana besar di pelusuk negara. Mereka hidup bergaya dan dapat membina
prestij yang tersendiri.Contoh raja Louis XIV telah membina istana besar di
Versailles, arkitek-arkitek terkemuka telah mereka bangunan dan diperindahkan
oleh pelukispelukis terkenal.
Raja telah menggunakan bala tenteranya
untuk mengawal golongan bangsawan yang ingin menentangnya.Contoh Raja Louis ke
- XIII menggunakan pasukan tentera raja untuk memusnahkan kota-kota yang menentangnya.
Mendapat sokongan golongan peniaga, kelas pertengahan dan profesional kepada raja
dalam mengurangkan kuasa golongan bangsawan dan gereja. Ini kerana selama ini
hanya golongan ini sahaja yang membayar cukai sedangkan golongan bangsawan dan
gereja dikecualikan.
Berkuasa Ekonomi.
Negara Perancis berjaya
mengekalkan kekukuhan ekonominya dengan jumlah penduduk yang ramai,ini
menyebabkan rakyat Perancis merasa bangga dan tiada alasan untuk menentang
pemerintahan beraja.
Negara Perancis mempunyai pegawai-pegawai
yang berkebolehan seperti menteri kewangan Jean Baptiste Colbert yang berjaya
menjadikan Perancis sebagai negara industri dan kuasa militer.
Gemilang Kesusasteraan dan
keseniaan.
Zaman Louis XIV juga zamar,
keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh-tokoh seni
yang terkenal ialah Racine dan
Moliere.[3]
[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi
Kedua 2015),.123.
[2] “Raja
Mutlak dan Raja Berperlembagaan “dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),67 .
[3] Ibid,69
Tiada ulasan:
Catat Ulasan