PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan kepadanya.Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.[1]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu zar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.[2]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT PUSAT DI RUSIA.
1.Membantu pentadbiran raja dalam Majlis Tertinggi.
Tzar Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam mentadbir negara. Pemerintahan Tzar di Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.
Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam.Pentadbiran raja di peringkat pusat dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor dan Prikazi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
2.Peter mewujudkan Majlis Senate menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.
3.Memberi perkhidmatan ketenteraan.
Di Rusia banyak bangsawan baru lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.
4.Menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
Peranan institusi gereja dalam empayar Rusia tidak dapat dinafikan. Pada zaman Kiev dan Moscow, institusi gereja Kristian Ortodoks memainkan peranan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi, dan politik.
Namun, peranan institusi gereja Kristian Ortodoks telah berkurangan dan diletakkan di bawah kekuasaan pemerintahan Peter. Peter tidak begitu menyenangi pembabitan institusi gereja dalam pemerintahan kerana inginkan pembaharuan dilakukan di Rusia. Buktinya, Peter tidak melantik Patriarch baharu pada tahun 1700 dan selepas 21 tahun dalam pemerintahan, Peter memperkenalkan Holy Synod untuk mengambil alih peranan Patriarch.
Semasa pemerintahan Catherine, beliau telah memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja dan gereja terpaksa bergantung kepada bantuan daripada kerajaan pusat. Hal ini membolehkan raja mengawal kuasa gereja dan memperkukuhkan pemerintahan diktatornya. Pembesar menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja.
5.Menganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
Pembesar juga turut m enganggotai Jawatankuasa tidak rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara.
6.Golongan bangsawan menjadi ahli Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbian.
7.Polis Khas Diraja Okhrana untuk mengawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintahan.
Pentadbiran Tzar di Rusia mempunyai organisasi yang menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. Rusia mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pemerintahan Tzar , demokrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan maa dan telinga Tzar.[3]
8.Memajukan ekonomi Rusia.
Bagi membantu ekonomi Rusia, Tzar melantik menteri-menteri yang akan merancang dasar ekonomi yang membawa perkembangan ekonomi di Rusia. Pada zaman pemerintahan Nickolas II, Sergei Witte dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia pada tahun 1892. Antara tahun 1892-1903 Sergei Witte menjawat jawatan Menteri Kewangan Rusia. Beliau memberi keutamaan kepada pembinaan landasan kereta api yang menjadi kunci kepada ekonomi Rusia.[4]
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT WILAYAH
Pemerintahan peringkat wilayah di Rusia ditadbir oleh Zemstvo Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.
PERANAN PEMBESAR PERINGKAT KAMPUNG
Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.
[1]Mahdi Shuid dan Sazlina Othman, Kertas Peperiksaan Sejarah STPM Penggal 1, 940/1, (Kuala Lumpur: Global Mediastreet, 2016),57.
[2] “Pembesar” dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)59 .
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Ajurun Ahamed, “Teks STPM Sejarah Penggal 1”, (Penerbitan Pelangi, Bandar Baru Bangi 2015),120.
[4] Ibid,121.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan