Unit 1.2 : Masyarakat Agraria
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Menghuraikan definisi dan
ciri-ciri Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria di Belanda
abad ke-16 hingga abad ke- 17
PENGENALAN
Masyarakat
Agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.
Kajian
menunjukkan Belanda mengalami perkembangan pesat dalam bidang pertanian
pada abad ke-16 dan ke-17. Catatan pengembara dari England, Perancis, Jerman,
Itali dan Sweden yang melawat Belanda pada abad ke-16 dan ke 17
membuktikan kenyataan tersebut. Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan
teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang
lain.Selain dari itu mereka juga memperkenalkan pelbagai jenis tanaman seperti
biji kol, semanggi dan hop ke negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil
pertanian dan produk tenusu ke negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke 17
lagi. Perkembangan pesat dalam aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan
muncul masyarakat agraria di Belanda.[1]
Definisi Masyarakat Agraria
Masyarakat Agraria bergantung kepada
kegiatan pertanian sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat agraria
mengutamakan aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi
mereka.Masyarakat agraria menetap di kawasan pertanian yang subur dan sesuai
untuk menjalankan kegiatan pertanian. Mereka tinggal di kawasan lembah sungai
yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.[2]
Ciri-ciri masyarakat Agraria di
Belanda
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi utama ialah
pertanian. Aktiviti pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai jenis
tanaman,antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.Hasil sayur-sayuran yang diusahakan
seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin pula
seperti barli, gandum dan oat. Hasil tanaman berlebihan akan dijual.
Pada peringkat awal barli
merupakan tanaman utama tetapi merosot pada abad ke-I7 dan peranannya diambil
alih oleh tanaman gandum.
Tanaman bukan makanan pula
terdiri daripada tanaman dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.[3]
Masyarakat Belanda juga menjalankan
kegiatan pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang dijalankan ialah lembu
dan kambing. Mereka juga mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan
susu, mentega dan keju.Kawasan tenusu
utama ialahdi utara Amsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil tenusu Belanda
juga banyak dieksport ke kawasan selatan.
PETEMPATAN
Masyarakat membina penempatan
di lembah-lembah sungai kerana tanahnya yang subur. Antara kawasan tanah lanar
yang subur dan menjadi tumpuan penempatan masyarakat agraria di Belanda ialah di
wilayah Friesland, Zeeland', Flanders dan Utrect.
PEMBINAAN SISTEM PENGAIRAN
Masyarakat Belanda berkemahiran
dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk
mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari sungai
untuk tujuan pertanian.
Dengan adanya sistem pengairan
kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan secara insentif'.Masyarakat
agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada tanah
yang ditebus guna bagi tujuan pertanian.
BERKEMAHIRAN MENGEKALKAN
KESUBURAN TANAH
Mereka mencipta pelbagai teknik
dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian' Baja asli digunakan
untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.Antara baja asli yang digunakan
ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada kawasan ternakan.[4]
PENGENALAN KAEDAH PERTANIAN
BARU
Antara kaedah petanian yang dijalankan
ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan kesuburan
tanah. Peralatan tenggala baru
telah dicipta.
Kaedah penggiliran tanaman juga mula
dipraktikkan pada abad ke-16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara
tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuang dan kekacang
berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan meluas di Wilayah
Wales pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah
Brabant pada tahun 1800.
Pengenalan sistem pengiliran
tanaman telah menyebabkan sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini
dimansuhkan.
PENAMBAKAN LAUT UNTUK KAWASAN
PERTANIAN
Aktiviti penambakan laut telah dijalankan
untuk meluaskan kawasan pertanian.Kesannya pada suku pertama abad ke-17
kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan pertanian
tetapi juga meningkatkan hasil pertanian.Seterusnya penggunaan teknologi kincir
angin telah membolehkan air dari kawasan tanah rendah dialirkan ke kawasan
pertanian.[5]
Untuk tujuan memugar dan
membajak tanah pertanian.Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan
pertanian dij alankan secarabesar-besaran.
[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah
Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar 2013),hlm.22.
[2] Ibid.
[3]“Masyarakat
Agraria”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)12.
[4]Ibid,13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan