Oleh-AHMAD
BIN YAAKOB
Kedudukan Raja/ Daimyo
Masyarakat Feudal di Jepun zaman Tokugawa (1603-1867)
terdiri daripada Daimyo, Samurai, petani, tukang mahir. dan saudagar.
Maharaja hanyalah sebagai boneka dan dijadikan simbol pemerintahan sahaja.
Kuasa pemerintahan sebenar terletak di tangan Shogun dan
dibantu oleh daimyo-daimyo. Daimyo yang penting adalah daimyo Fudai. Mereka
akan membantu Shogun dalampemerintahan. Mereka merupakan anggota keluarga dan
sekutu-sekutu Shogun. Mereka dikurniakan tanah dibahagian tengah dan utara
Honshu.
Diamyo Tozama ialah musuh Shogun. Mereka terdiri daripada
suku-suku barat seperti Satsuma, Chosu,Toza dan Hizen. Mereka akan diawasi oleh
Shogun dan dilarang memasuki istana maharaja di Kyoto.Golongan daimyo sangat
berkuasa di Jepun dan dikatakan mengalahkan kuasa yang dimiliki oleh maharaja
sendiri.[1]
SAMURAI
Samurai terdiri daripada
panglima perang yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat feudal di
Jepun. Antara tugas Samurai ialah memelihara keamanan negara, menjaga
kepentingan Daimyo dan menumpahkan taat-setia kepada Daimyo.[2]
Golongan samurai mempunyai kedudukan yang istimewa
kerana kemahiran mereka dalam bidang ketenteraan.
Kekuatan ketenteraan mereka menjadi tulang belakang
kepada daimyo dan golongan bangsawan. Golongan
samurai akan mempertahan hak milik serta melindungi
keselamatan tuannya. Mereka tidak dibenarkan menceburi bidang pekerjaan yang
lain.[3]
PETANI
Golongan petani menduduki
tempat yang istimewa kerana Jepun juga adalah negara pertanian.Mereka merupakan
pembekal beras kepada masyarakat dan pembayar cukai kepada kerajaan
Jepun.Golongan petani terpaksa membayar cukai yang tinggi. Mereka membayar
40-50% daripada jumlah hasil keluaran sebagai cukai tahunan kepada Daimyo.
Petani yang gagal membayar cukai akan menerima hukuman yang berat.[4]
TUKANG/ARTISAN
Tukang-tukang mahir adalah
kedua penting selepas petani.Mereka mahir membuat alat-alat senjata seperti
pedang untuk kegunaan samurai.[5]Mereka mendapat
penghormatan kerana pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki dalam bidang
pertukangan. Barangan yang dihasilkan oleh tukang-tukang mahir ini
digunakan oleh golongan Daimyo. Tukang mahir pada zaman feudal seperti
tukang membuat senjata iaitu pedang mendapat layanan istimewa. Mereka
menerima gaji yang lumayan dan tinggal di rumah mewah. Umpamanya, tukang kayu
di Kyoto menerima gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memiliki sebilah
pedang.[6]
SAUDAGAR/PEDAGANG
Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang.Walaupun
mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan
dalam pergerakan sosial namun keamanan yang mendorong
perkembangan ekonomi membolehkan mereka
mengumpul kekayaan dan berjaya sebagai pemiutang kepada
golongan bangsawan.[7]
[2] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,16..
[4] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,18.
[6] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia
(1500-1955) Penggal 1,Edisi Kemaskini,17.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan