Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Kemunculan masyarakat feudal di Eropah dapat dikesan
sejak zaman pertengahan awal.
Menjelang akhir abad ke-19, masyarakat feudal muncul di
bahagian lain di benua Eropah
Kemunculan masyarakat feudal di England bermula semasa
pemerintahan William Si Penakluk (1028-1087).Baginda meletakkan asas bagi
kelahiran feudalisme yang lebih teratur dan sistematik di negara tersebut.
Menjelang abad ke-16 dan 17, berlaku perubahan dalam peranan dan kedudukan
masyarakat feudal di England. Prubahan ini berlaku ekoran daripada perkembangan
pesat dalam bidang ekonomi dan kemunculan negara bangsa.Perkembangan masyarakat
feudal di Jepun dapat dikesan sejak zaman Kamakura hingga zaman Sengoku Jidai.
Feudalisme di Jepun mencapai kematangan pada zaman Shogun Tokugawa (1603-1867).
Masyarakat feudal di England dan Jepun pada abad ke-16 mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri.[1]
Konsep / definisi Masyarakat Feudal
Digunakan sejarawan untuk menerangkan susunan sosial
masyarakat yang muncul di Eropah pada zaman pertengahan di Eropah.
Secara umum tetdapat dua maksud feudalisme yang
merangkumi ciri persamaan dan perbezaan.Takrifan pertama feudalisme ialah satu
bentuk organisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan tertentu
iaitumengikut Susun lapis hierarki.Takrifan kedua
Membawa maksud satu sistem hubungan timbal-balas yang
berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas.[2]
Sistem feudal pula ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan
politik tempatan yang ditadbir oleh individu-indivudu tertentu dan bukan wakil
dari kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu
adalah mengikut sistem kelas dan bersusun lapis mengikut hierarki.[3]
Masyarakat Feudal di England abad ke-16
hingga 17
Sejarah kemunculan Sistem Feudal di
England
Sebuah kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada abad
ke - 9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad
ke-l 3 M.
- Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan
jatuh ke tangan orang persendirian
Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England
Sosial
- Masyarakat bersusun lapis yang terdiri daripada raja
bangsawan dan petani (serf)
-Wujud hubungan timbalbalas dianttara dua kumpulan iaitu
golongan yang memerintah dan diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri daripada raja dan beberapa
bangsawan Bangsawan merupakan pengikut yang setia (vassal) kepada
raja
- Rakyat biasa yang dikenali serf merupakan golongan yang
setia kapada bangsawan yang berkuasa ke atas mereka.
Ekonomi
Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal dalam
komuniti kampung yang dikenali sebagai manor
- Kegiatan ekonomi bergantung kepada aktiviti pertanian.
Manor menjadi asas ekonomi feudalisme kerana manor yang
menghasilkan makanan untuk semua lapisan masyarakat termasuk raja.
- Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak
menjalankan perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka menghasilkan
barangan untuk keperluan sendiri
- Perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dikendalikan
secara sistem barter.
Agama
Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa, mereka
memiliki sebahagian besar tanah.
- Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada
zaman feudal.
- Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh kehidupan
masyarakat
- Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan) dan
kurang menekankan aspek duniawi.
Politik
Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang
lemah menyebabkan peperangan sering berlaku antara wilayah.
Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi
kuasa dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.
Susun lapis Masyarakat feudal di
England
Raja
Dalam sistem feudal di England, raja mempunyai kedudukan
yang paling tinggi. Raja merupakan pemerintah yang berkuasa mutlak dan menguasai
seluruh tanah dalam kerajaannya.Di bawah raja ialah golongan bangsawan yang
menerima tanah secara langsung daripada raja. Raja akan memberikan hak pajakan
tanah kepada golonganbangsawan/vassal. Sebagai balasan golongan bangsawan akan
menawarkan bantuan ketenteraan kepada raja. Raja amat bergantung kepada
golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan kekuasaannya.Bagi memastikan
golongan bangsawan taat setia kepadanya, raja memberikan anugerah dan gelaran
kepada golongan bangsawan. Namun terdapat juga bangsawan yang terlalu berkuasa
hingga dapat mengancam kedudukan dan kekuasaan raja.Menjelang abad ke 16 dan
17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di England iaitu ketika pemerintahan
Dinasti Tudor dan Stuarts.[4]
Bangsawan
Dalam susun lapis mesyarakat feudal, kedudukan golongan
bangsawan ialah selepas raja. Golongan bangsawan besar menjadi tenant
inchief/Bangsawan lapis pertama. Mereka memiliki tuan tanah yang berkhidmat
untuk baron di sebahagian besar negara.
Di bawah Bnagsawan Lapis 1 ialah Bangsawan lapisan kedua.
Pahlawan Knight
Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan
dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan raja,bangsawan (lord atau baron)
dan mendapat ganjaran seperti tanah,harta, dan barang rampasan.
Bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga
bangsawan. Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka berkhidmat untuk
raja dan bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai balasan
serf akan memberi perkhidmatan kepada knight.Knight pula akan melindungi serf
dan keluarganya.Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah dan
pasukan tentera sendiri. Mereka juga berhak memungut cukai di kawasannya.
Petani
Rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan
bangsawan. Mereka dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak
bebas sepenuhnya.Petani terikat dengan pemimpin atau tuan tanah mereka dan
tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat
ke tempat yang lain.
Berada di bawah pengawasan dan bergantung kepada raja dan
bangsawan untuk mendapatkan rezeki. Bercucuk tanam dan menjalankan ternakan di
tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian. Ada juga
petani yang menyewa tanah dengan golongan bangsawan.
Petani mewakili sebahagian besar daripada penduduk
England. Mereka dikenali sebagai freeman, villian, sokeman, border dan cottar.
Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord manor
(institusi manor/ladang) yang akan melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi
membolehkan petani mendapatkan keadilan.
Hamba
Berada di bawah golongan petani mewakili satu persepuluh
penduduk England.
- Golongan ini tidak memiliki tanah dan mempunyai hak
perundangan yang terhad.
Paderi
- Merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan.
Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah
sebagai vassal.
- Pada abadke-12 dan 13 M hampir l/3 daripada tanah yang
digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.
- Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting
dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campur tangan golongan
bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja
terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua
tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan