OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Raja
Dalam sistem feudal di England, raja mempunyai
kedudukan yang paling tinggi. Raja merupakan pemerintah yang berkuasa mutlak
dan menguasai seluruh tanah dalam kerajaannya.Di bawah raja ialah golongan
bangsawan yang menerima tanah secara langsung daripada raja. Raja akan
memberikan hak pajakan tanah kepada golonganbangsawan/vassal. Sebagai balasan
golongan bangsawan akan menawarkan bantuan ketenteraan kepada raja. Raja amat
bergantung kepada golongan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan dan
kekuasaannya.Bagi memastikan golongan bangsawan taat setia kepadanya, raja
memberikan anugerah dan gelaran kepada golongan bangsawan. Namun terdapat juga
bangsawan yang terlalu berkuasa hingga dapat mengancam kedudukan dan kekuasaan
raja.Menjelang abad ke 16 dan 17, pemerintahan monarki mutlak diamalkan di
England iaitu ketika pemerintahan Dinasti Tudor dan Stuarts.[1]
Bangsawan
Dalam susun lapis masyarakat feudal, kedudukan golongan
bangsawan ialah selepas raja. Golongan bangsawan membantu raja dalam hal
ehwal pentadbiran dan menguruskan ekonomi. Golongan ini menerima tanah secara
langsung daripada raja dan memerintah tanah tersebut. Tanah yang dikurniakan oleh raja kepada
golongan bangsawan boleh diwarisi oleh keluarga bangsawan.
Tanah yang berada di bawah penguasaan dan pentadbiran golongan bangsawan
dikenali sebagai manor. Golongan bangsawan menetapkan undang-undang bagi
mengawal golongan petani yang mengusahakan tanah pertanian. Di samping itu,
mereka menyewa atau memajak sebahagian daripada tanah mereka kepada golongan
bangsawan yang lebih rendah.
Sebagai
balasan kepada tanah yang dikurniakan oleh raja, golongan bangsawan dikehendaki
membayar cukai tanah, memberi taat setia kepada raja dan membekalkan bantuan
ketenteraan kepada raja.[2]
Selain itu, raja turut mengurniakan pelbagai gelaran seperti duke, baron
dan vassal kepada golongan bangsawan untuk mendapat sokongan daripada golongan
tersebut. Menjelang abad ke-16, kedudukan dan peranan golongan bangsawan di
England turut mengalami perubahan.
Perang Bunga Mawar yang berlangsung antara tahun 1450 hingga 1485 menyebabkan
pengaruh golongan tersebut mula merosot.
Perang ini mengukuhkan kedudukan raja-raja daripada Dinasti Tudor yang
memerintah England ketika itu. Perkembangan ini menyebabkan raja dapat mengawal
golongan bangsawan yang semakin lemah. Raja menguasai jentera pengawal
pentadbir daripada golongan bukan bangsawan.[3]
Pahlawan Knight
Diberi tanah sebagai balasan terhadap
perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan raja,bangsawan (lord
atau baron) dan mendapat ganjaran seperti tanah,harta, dan barang rampasan.
Bertanggungjawab melindungi bangsawan dan
keluarga bangsawan. Terikat dengan sumpah yang mengkehendaki mereka berkhidmat
untuk raja dan bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai
balasan serf akan memberi perkhidmatan kepada knight.Knight pula akan
melindungi serf dan keluarganya.Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki
rumah dan pasukan tentera sendiri. Mereka juga berhak memungut cukai di
kawasannya.
Petani
Dalam susun lapis masyarakat feudal, golongan
petani berada di bawah penguasaan golongan bangsawan. Golongan ini mewakili
sebahagian besar daripada penduduk di England pada zaman tersebut. Golongan
petani juga dikenali sebagai frreman, villain,sokeman, border dan cottar. Mereka
tinggal di kawasan kampung yang dikenali sebagai manor dan mengusahakan tanah
milik tuan tanah. Sebagai balasan tuan tanah akan memberi perlindungan dan
jaminan keselamatan kepada petani.[4]
Golongan petani berada di bawah kawalan dan pengawasan tuan tanah dan
membayar sewa, petani juga dikehendaki menawarkan khidmat buruh kepada tuan
tanah. Antara tugas buruh yang dilakukan oleh petani untuk tuan tanah ialah
mengusahakan tanah, membina bangsal, menggali parit dan membina jalan.
Petani juga akan diberi sebidang tanah dan hasil daripada tanah tersebut
digunakan untuk menyara kehidupan mereka. Petani juga tertakluk kepada kepada
undang-undang kehakiman yang ditetapkan oleh tuan tanah.
Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh
lord manor (institusi manor/ladang) yang akan melindungi petani, mendirikan
mahkamah bagi membolehkan petani mendapatkan keadilan.[]
Mereka tidak dibenarkan meninggalkan manor tanpa
kebenaran daripada lord. Dalam
konteks ini, golongan petani hidup dalam lingkungan manor sebagai satu komuniti
tertutup. Segala keperluan asas petani seperti makanan, pakaian dan peralatan
disediakan dalam institusi manor.[5]
Perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada abad ke-16 Masihi telah
menyebabkan kehidupan petani mula berubah. Perkembangan aktiviti pertanian
komersial, kemunculan bandar dan perkembangan perindustrian menyebabkan
golongan petani berhijrah ke bandar. Tuan
tanah membebaskan golongan petani dan kini mereka menjadi buruh upahan
kepada tuan tanah. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara petani dan tuan
tanah turut mengalami perubahan.[6]
Hamba
Golongan
yang paling rendah dalam susun lapis masyarakat feudal ialah golongan
hamba. Golongan hamba mewakili satu persepuluh daripada jumlah penduduk di
England dan berada di bawah golongan petani Golongan hamba tidak memiliki tanah
dan mempunyai kuasa perundangan yang terhad.[7]
Menjelang abad ke-16 dan 17 Masihi, kedudukan golongan hamba mengalami
perubahan ekoran perkembangan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial di
England. Golongan hamba dibebaskan oleh tuan tanah dan sebahagian besar
daripada mereka berhijrah ke bandar. Mereka tidak terikat lagi kapada golongan
tuan tanah.[8]
Paderi
- Merupakan satu kelas masyarakat yang
berasingan. Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki
tanah sebagai vassal.
Pada abadke-12 dan 13 M hampir l/3 daripada
tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja.
Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan
penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campur tangan golongan
bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja
terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua
tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).[9]
[1]SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Kemaskini,5.
[2] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga, ,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2016),6
[iv] “Masyarakat
Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,5.
[4] “Masyarakat
Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,5.
[5] SivachandralingamSundara
Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Teks STPM Sejarah Dunia (1500-1955)
Penggal 1,Edisi Ketiga, ,(Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.2016)
8
[8]
Aayadurai Letchumanan, Score in STPM Sejarah Dunia (1500-1955) Ppenggal 1,
(Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, 2016),33.
[9] “Masyarakat
Feudal”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,5.