Perang Dunia Kedua 1941-1945
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
1.Sebab-sebab Perang Dunia
Kedua di Eropah
a.Petembungan ideologi
Selepas Perang Dunia Pertama
ideologi-ideologi baharu seperti Fasisme dan Nazisme mula bertapak di Eropah. Ideologi-ideologi
baharu ini merupakan cabaran kepada negara-negara yang mengamalkan demokrasi.
Perkembangan ideologi Fasisme di Itali dan ideologi Nazisme di Jerman merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan tecetus Perang Dunia Kedua.
Benito Mussolini telah
menubuhkan Parti Fasis di Itali pada tahun 1919. Golongan Fasis percaya kepada
nasionalisme yang melampau temasuk menjalankan peperangan bagi mengharumkan
nama negara. Pada 28 Oktober 1922 Benito Mussolini telah mengambil alih kuasa
dan membentuk kerajaan Fasis di Itali. Beliau menjalankan sistem pemerintahan
diktator. Beliau menjalankan dasa perluasan kuasa bagi menjadikan Itali kuasa
besar di Eropah. Pada tahun 1936, Mussolini menawan Habsyah. Sejak 1936 beliau
menjalin hubungan rapat dengan Hitler. Apabila Perang Dunia Kedua meletus
beliau menyertai Pakatan Paksi yang terdii daripada Jerman, Jepun dan Itali.
Pada tahun 1933 Hitler dilantik
sebagai Canselor Jerman setelah Pati Sosialis akyat pimpinan Hitler menang
dalam Pilihanraya Umum November 1932. Hitler berhasat untuk mewujudkan satu
bangsa, satu parti dan satu pemimpin. Pada tahun 1935Hitle melanggar syarat-syarat
Perjanjian Versailles dengan membesakan angkatan tentera Jeman. Pada tahun 1936
Jerman menduduki Rhineland dan 1939 Jerman menguasai Czechoslovakia. Tindakan
Hitler menyerang Poland 1939 telah mencetuskan Perang Dunia Kedua. Kemunculan
fahaman-fahaman baru ini melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan
negara-negara di Eropah.
b.Kelemahan Pejanjian Vesailles
Perjanjian Versailles
ditandatangani untuk menamatkan Perang Dunia Petama. Pemimpin dan rakyat Jeman
tidak bepuashati dengan syarat-syaat pejanjian ini. Pemimpin Jerman tidak dibei
peluang untuk menyuarakan pandangan behubung dengan syarat yang ditetapkan.
Sebahagian besar wilayah dan semua jajahan takluk Jeman diserah kepada pihak
yang menang.
Selain itu Jerman juga dikehendaki
membayar pampasan bejumlah US$33 bilion
kepada pihak Berikat. Perjanjian ini juga menghadkan jumlah dan kuasa angkatan
tentera laut dan daatJerman. Pasukan tentera Jeman dihadkan kepada 100 000
orang tentera. Mereka juga dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara.
Jerman juga dilaang menempatkan pasukan tentera di Rhineland. Perjanjian
Versailles dianggap tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan
Jerman.
Itali yang menyertai Pihak Berikat dalam
Perang Dunia Kedua juga tidak berpuashati terhadap Perjanjian Versailles kerana
tidak diberikan tanah jajahan seperti yang diterima oleh Perancis dan
Bitish.
c.Desakan ekonomi
Perang Dunia I telah
menyebabkan belaku kemelesetan ekonomi yang teruk di negara Jerman dan Itali.
Bayaan pampasan dan kos peperangan yang tinggi telah menyebabkan berlaku
insflasi di negara Jerman dan Itali. Kedudukan ekonomi Jerman dan Itali
betambah buruk ekoran kemelesan ekonomi dunia pada tahun 1929. Perkembangan ini
telah menyebabkan berlaku masalah pengangguran di negara-negara tersebut.
Tambahan pula berlaku masalah insflasi ekoran haga makanan dan barangan
melambung tinggi. Akibatnya pemimpin berfahaman melampau di Jerman dan Itali
meraih sokongan dari rakyat.Pemimpin di Jeman dan Itali menjalankan dasar
perluasan kuasa bagi mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi. Melalui dasar
perluasan kuasa mereka mendapat pasaran, bahan mentah dan makanan bagi kepeluan
penduduk tempatan.
d.Kepentingan imperialisma
Imperialisma juga merupakan
salah satu faktor yang menyebabkan Perang Dunia Kedua tecetus. Negara-negara
seperti Jerman , Itali dan Jepun ingin mengukuhkan kedudukan mereka dengan
menguasai tanah-tanah jajahan. Negara-negara tesebut ingin bersaing dengan
Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang memiliki tanah jajahan yang luas.
Kebangkitan imperialisme mendorong Jerman, Itali dan Jepun melancarkan peperangan
untuk menguasai tanah-tanah jajahan.
Pada tahun 1936 Jerman
bertindak mencabuli Perjanjian Versailles dengan menduduki Rhineland. Pada
tahun 1938 Jerman menguasai Austria dan seterusnya Czechoslovakia ditawan pada
tahun 1919. Pada bulan Oktober Itali menyerang Habsyah dan menguasai Albania
pada tahun 1939. Pada tahun 1931, Jepun menyerang Manchuria dan
berjaya menawannya 1932.Pada tahun 1937 Jepun menyerang China untukmenguasai
seluruh negara tersebut. Tindakan Jerman,
Itali dan Jepun melancarkan dasar imperialime telah menyebabkan Perang Dunia
Kedua tecetus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan