pengenalan
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO;
pron: / neɪtoʊ / nay-toh; Perancis:. Pertubuhan du traité de l'Atlantique Nord
(OTAN)), juga dikenali sebagai (North) Atlantic Alliance, satu pakatan
ketenteraan antara kerajaan berdasarkan Perjanjian Atlantik Utara yang telah
ditandatangani pada 4 April 1949. Organisasi membentuk satu sistem pertahanan
kolektif di mana negara anggota bersetuju untuk pertahanan bersama dalam tindak
balas kepada serangan oleh mana-mana pihak luar. Ibu pejabat NATO adalah dalam
Brussels, Belgium, salah satu daripada 28 negara anggota di seluruh Amerika
Utara dan Eropah, yang terbaru di mana, Albania dan Croatia, menyertai pada
April 2009. Sebanyak 22 negara mengambil bahagian dalam "Perkongsian untuk
Keamanan" NATO, dengan 15 buah negara lain yang terlibat dalam
program-program dialog diinstitusikan. Perbelanjaan tentera gabungan semua
anggota NATO yang membentuk lebih 70% daripada perbelanjaan pertahanan di
dunia. Untuk beberapa tahun pertama, NATO tidak lebih daripada sebuah persatuan
politik. Walau bagaimanapun, Perang Korea merangsang negara-negara anggota, dan
struktur tentera bersepadu telah dibina di bawah arahan daripada dua komander
tertinggi AS. Kursus Perang Dingin membawa kepada persaingan dengan
negara-negara Pakatan Warsaw, yang ditubuhkan pada tahun 1955. Yang pertama
Setiausaha Agung NATO, Tuan Ismay, yang dinyatakan pada tahun 1949 bahawa
matlamat organisasi adalah "untuk memastikan tentera Rusia, Amerika dalam,
dan Jerman ke bawah."
PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED
KINGDOM
NATO yang beribu pejabat di Paris
telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan
utama dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat. NATO ditubuhkan untuk menghalang kebangkitan
semula kuasa ketenteraan Jerman di
Eropah, mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal
ehwal ketenteraan dan politik Eropah, mengekang perluasan ideology komunis dan
ketenteraan Rusia di Eropah dan seterusnya mengatasi ketidakyakinan Eropah
terhadap ketidak kemampuan PBB sama ada dari sudut pendekatan dan strategi bagi
menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik antarabangsa, khusunya dalam
konteks dunia secara berkesan.
Bagi
mencapai matlamat NATO, strategi yang digunakan ialah untuk mewujudkan system
pertahanan bersama yang melibatkan semua negara anggotanya terhadap keselamatan
dan kedaulatan setiap negara anggota. NATO yang bertujuan untuk membendung
pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union termasuk negara-negara Eropah
Timur yang prokomunis juga telah menambah kekuatan ketenteraan, oleh itu NATO
telah mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun
1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme yang diarah
dari Moscow dapat disekat dengan berkesan. Tambahan pula pada tahun 1949 Soviet
telah meletupkan bom atomnya yang pertama.
Britain adalah negara yang memainkan peranan penting
dalam proses penubuhan NATO. Jika dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi
Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari tahun 1946 hingga 1951dan dokumen yang dihasilkan
oleh Foreign Office, pihak British sememangnya menyusun strategi dengan
mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses penubuhan NATO. Ini
bermakna pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun
British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO. Britain yang
diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan
pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika
Syarikat.Berdasarkan pengalaman Britain sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan
jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga
Bangsa.
Andrew
Priest dalam bukunya Kennady Johnson And NATO menyatakan Ernest Bevin,
Setiausha Luar Britain dipertanggungjawabkan untuk Educating The Americans bagi
menghadapi ancaman Soviet khususnya selepas tahun 1945. Ritchie Ovendale pula
menegaskan bahawa Presien Harry S.Truman masih belum bersedia menghadapi ancaan
Soviet di Eropah dan bagi pihak United Kingdom pula perlu membuat perancangan
jangka panjang penglibatan Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah.
Selepas
Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dan Amerika
Syarikat menjadi lebih baik dan ianya boleh dilihat melalui tiga bentuk
hubungan iaitu perundingan diplomatic : merunding dan membincang pelbagai
peringkat diplomasi, kerjasama ketenteraan: kerjasama bilateral terutama
tentera udara dan laut, perisikan : kerjasama yang menguntungkan kedua-dua
pihak khususnya menerusi Federal Bureau of Investigation (FBI) dan Central
Intelligence (CIA) di pihak Amerika dan M16 Secret Intelegence Service (SIS)
dan M15 Security Service di pihak Britain.
Hubungan
keduanya renggang apabila Atomic Energy Act of 1946 diperkenalkan yang melarang
Amerika mengadakan kerjasama nuclear dengan negara-negara lain kerana bimbang
berlaku percambahan aktiviti pembinaan senjata nuclear di tempat-tempat lain.
Ianya mengecewakan Britain yang bercita-cita membangunkan senjata nuclear dan
ingin meminta bantuan Amerika. Britain akhirnya mendirikan sendiri senjata
nuclear setelah mengadakan beberapa siri rundingan nasihat dari Amerika.
Akhirnya pada tahun 1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuclear di
belakang Amerika Syarikat(128) dan Rusia(16).
NATO
dianggap oleh Soviet sebagai Amerika dan Amerika adalah NATO ianya menunjukkan
pengaruh Amerika sangat besar dan kuat di dalam NATO berbanding negara-negara
lain. Komitmen berterusan Amerika di
dalam NATO di lihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan dan kestabilan NATO
sebagai institusi yang berperanan
memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praktikal bukan sekadar di
Eropah sahaja malah di seluruh dunia dunia.
KESIMPULAN
Menurut
seorang ahli psikologi Jerome Brunner pada tahun 1944 mengatakan orang Amerika
tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu organisasi yang tidak boleh dikuasai
oleh mereka. Jika tidak mahu NATO merosot mereka mesti memberi kuasa yang lebih
kepada Amerika. Jelas Amerika menguasai dan mendominasi NATO seterusnya
mengenepikan United Kingdom. Komitmen Amerika Syarikat dalam NATO di lihat
sebagai kunci keseimbangan seterusnya berperanan memelihara keamanan dan
keselamatan dunia.
sumber-skema pp p1 pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan