PENGENALAN
Perang Candu juga dikenali sebagai Perang
Anglo-China merupakan kemuncak pertelingkahan perdagangan yang tercetus antara
China di bawah pemerintahan kerajaan Manchu untuk menghalang British memasuki
China dengan mengenakan pelbagai sekatan terutamanya menerusi Dikri Lapan Peraturan.
Pelbagai isu atau faktor telah menimbulkan pertembungan antara kedua pihak
antaranya isu perdagangan. Walaubagaimanapun terdapat juga isu-isu lain seperti
perselisihan hubungan diplomatik, isu candu, perbezaaan sistem kehakiman atau
perundangan turut menyebabkan penentangan masyarakat tempatan terhadap barat
berlaku. Di China dua siri peperangan telah
berjaya menyebabkan barat campur tangan di China. Beberapa masalah telah
berlaku antara China dan Barat menyebabkan Perang Candu I meletus pada 1839-1842
dan Perang Candu II berlaku pada 1856-1860.
FAKTOR-FAKTOR PERANG CANDU 1 DI CHINA
1. Masalah
perdagangan
Kawalan ketat ke atas
perdagangan aing oleh orang Cina adalah berpunca daripada konsep perdagangan
yang berbeza. Kerajaan China tidak berminat untuk menjalinkan hubungan
perdagangan dengan mana-mana negara barat kerana China lebih mementingkan
ekonomi sara diri. Sebagai sebuah negara pertanian, perdagangan dengan negara
barat tiadak perlu kerana China dapat membekalkan sendiri keperluan negara.
Tambahan pula perdagangan mengikut masayarakat China dianggap sebagai satu
kegiatan yang hina dan dipandang rendah.Akibatnya Maharaja Chien Lung telah
mengeluarkan satu dekri pada 1757 bagi menghadkan hubungannya dengan
orang-orang barat terutama dari segi perdagangan. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas pedagang-pedagang
barat di Canton. Pada tahun 1835 sekali lagi Kerajaan Manchu telah mengenalkan
undang-undang baru yang dikenali sebagai ‘Lapan Peraturan’ bagi melarang
saudagar-saudagar barat berdagang di China.
Bagi orang-orang barat pula mengamalkan konsep
perdagangan yang berbeza dengan China. Mereka mengamalkan perdagangan bebas
atau laissez faire. Bagi Inggeris perdagangan antarabangsa sangat penting dan
masyarakat pedagang dipandang tinggi. Inggeris perlu kepada perdagangan untuk
mendapatkan bahan mentah untuk kilang dan pasaran barang keluaran kialng mereka.
Inggeris memerlukan teh dan sutera dari China kerana ia mendapat permintaan
yang tinggi di Britain. Perdagangan
dengan China penting tetapi China mengamalkan dasar isolasi.Sekatan-sekatan
yang dibuat oleh China menyukarkan Inggeris dan menimbulkan perasaan tidak puas
hati di kalangan pedagang tambahan cohong selalu melakukan penyelewengan dan
penyalah gunaan kuasa melibatkan orang asing. Dengan kedudukan istemewa cohong
telah mengenakan cukai yang tinggi,
rasuah dan berhutang dengan pedagang asing. Rundingan-rundingan melalui utusan
juga gagal dan akhirnya memaksa Inggeris melancarkan peperanggan.
2. Kegagalan
hubungan diplomatic
Orang-orang Cina menganggap negara mereka
sebagai pusat tamadun dunia (middle kingdom). Mereka menganggap semua orang
asing sebagai orang gasar atau barbarian dan negara-negara asing dianggap
sebagai kurang bertamadun dan patut tunduk kepada kedaulatan negeri China.
Maharaja China dianggap sebagai son of heaven yang diberi mandat
memerintah. Semua duta asing dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti melakukan
kowtow di depan maharaja. Penghantaran ufti dan amalan kowtow
oleh pembawa ufti asing dianggap oleh China sebagai tanda pengiktirafan serta
ketuanan China. Negara China juga
menganggap kuasa-kuasa barat perlu menerima China sebagai kuasa ketuanan dan
patut disanjung tinggi.
Bagi kuasa barat konsep dan sikap ini tidak dapat diterima. Bagi
mereka hubungan diplomatic di antara negara-negara patut dijalankan atas konsep
persamaan taraf. Dasar ini dijalankan di Eropah akibat perkembangan aliran
politik baru iaitu sosialisme, demokrasi dan liberalisme. Malangnya ia tidak
dapat diterima oleh rakyat China kerana dianggap akan meruntuhkan keagungan
peradaban mereka. Walau apapun tindakan Kerajaan Manchu Inggeris tetap
menghantar utusan untuk mewujudkan hubungan diplomatic atas konsep persamaan
taraf. Beberapa utusan telah dihantar ke
China antara tahun 1793-1816 namun gagal mendapat pengiktirafan yang sepatutnya
dari China.
a) 1793 King George 111 telah menghantar George
Ma Cartney ke Peking untuk berunding
dengan Maharaja Chien Lung mengenai perdagangan dan hubungan diplomatic.
Walaupun disambut baik tetapi rundingan gagal kerana masalah adat. Setiba di
Peking beliau enggan melakukan kowtow kerana dianggap asing dan bertentangan
dengan kebudayaan negaranya. Beliau juga tidak dapat menerima hakikat bahawa
utusan dan hadiah dianggap sebagai tanda tunduk kepada Kerajaan Manchu. Sikapnya menimbulkan kemarahan Maharaja Chien
Lung dan menolak perwakilan Mac Cartney.
b) Pada tahun 1816, Lord Amherst telah dihantar
ke Peking. Robongannya terus belayar ke
Tientsin
tanpa singgah di Canton. Utusan ini juga mengalami kegagalan kerana kengganan
melakukan kowtow. Beliau juga dikatakan telah melanggar peraturan yang melarang
orang asing berhubung terus dengan pegawai-pegawai kerajaan China sedangkan
mereka perlu berhubung melalui Cohong di pelabuhan Canton.
c)Lord William John Napier telah dilantik
sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Inggeris di Canton
pada tahun 1834 untuk menjaga kepentingan pedagang-pedagang dan ditugaskan
juga untuk mewujudkan hubungan diplomatic atas konsep persamaan taraf. Beliau
telah ditolak kerana tidak mengemukakan ‘surat ping’ iaitu surat kebenaran dari
Cohong untuk berjumpa Gabenor Jeneral Canton. Akibatnya beliau terpaksa
berundur ke Macao dan meninggal pada Oktober 1834.
d) Sekali lagi Inggeris telah melantik
Charles Elliot bagi mengantikan Napier pada 1839 dan beliau juga gagal.
Kegagalannya menjalin hubungan secara langsung dengan pegawai-pegawai China
telah menjadikan hubungan antara Inggeris dan China bertambah runcing.
Akibatnya pihak Inggeris membuat keputusan untuk menggunakan kekerasan ke atas
China iaitu melalui peperangan.
3.
Masalah perundangan
Perbezaan sistem perundangan juga menyulitkan lagi
keadaan. Dalam sistem perundangan China, tidak wujud Badan Penasihat
Undang-Undang sebagaimana yang diamalkan di barat dan kehakiman tertakluk
kepada kuasa kerajaan semata-mata. Mengikut sistem keadilan China ‘ seseorang
yang dituduh melakukan jenayah adalah dianggap salah sehinggalah kebenaran
dapat dibuktikan’. Kerajaan China juga menjatuhkan hukuman berdasarkan ‘Doktrin
Tanggung jawab Berkumpulan’. Mengikut doktrin ini jika terdapat individu yang melakukan kesalahan tidak dapat dikesan,
ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan orang lain. Undang-Undang China juga menuntut nyawa
dibalas nyawa. Lazimnya hukuman yang dikenakan kepada orang asing ialah cekik
sampai mati.
Undang-undang barat pula
menekankan konsep Tanggungjawab Individu dan seseorang yang dituduh melakukan
kesalahan akan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Masalah berlaku apabila beberapa kes atau
kejadian melibatkan orang-orang Inggeris. Contohnya peristiwa Lady Hughes
pada 4 November 1784. Di mana kapal
tersebut telah melakukan tembakan pengormatan apabila memasuki pelabuhan
Whampoa malangnya tembakan tersebut secara tidak sengaja telah menyebabkan
kematian dua orang Cina dan seorang cedera. Pihak berkuasa Canton meminta
supaya anak kapal terlibat diserahkan dan dibicarakan mengikut undang-undang
China jika enggan mereka akan menyerang kilang Inggeris dan memutuskan hubungan
perdagangan. Anak kapal tersebut terpaksa diserahkan kepada kerajaan Manchu dan
telah dicekik sampai mati. Pada tahun 1821 berlaku pula Peristiwa Terranova. Ia adalah bangsa Itali
yang bekerja di atas kapal Amerika bernama Emily. Beliau dituduh menyebabkan
kematian dua orang wanita Cina. Demi memelihara hubungan perdagangan beliau
diserahkan kepada Kerajaan China dan ia juga dicekik sampai mati. Peristiwa
seterusnya yang mencetuskan ketegangan ialah Peristiwa Lin Wei His yang telah
dipukul hingga mati oleh anak-anak kapal Inggeris yang mabuk dan bergaduh di
Kowloon. Inggeris enggan menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa China dan
dibicarakan mengikut undang-undang barat.
China pula mendesak supaya mereka diserahkan kepada China untuk diadili.
Keengganan Inggeris telah mencetuskan
ketegangan antara dua pihak dan akhirnya membawa kepada perang.
4.
Masalah candu
Oleh
kerana penolakan hubungan perdagangan dan sekatan-sekatan yang dikenakan
menyebabkan hubungan per dagangan satu hala yang menyebabkan kerugian kepada
Inggeris.Inggeris terpaksa mengelurkan perbelanjaan yang lebih untuk membeli
teh dan sutera. Tambahan pula Inggeris hanya dibenarkan menggunakan wang emas
dan perak untuk berdagang. Untuk mengimbangi aliran keluar wang ke China dengan
banyak Inggeris telah membawa masuk candu dengan banyak secara haram dari India
dan Turki. Candu kemudian menjadi barang kegemaran masyarakat China. Pada tahun
1839 dianggarkan sebanyak 4 juta rakyat China menghisap candu. Bagi British
perdagangan candu telah membawa keuntungan yang besar. Pada tahun 1832 SHTI
telah mengaut keuntungan sebanyak 10 juta rupee dan pada 1838 menjadi 30 juta
rupee.
Perdagangan candu menyebabkan aliran wang keluar China
tidak dapat mengimbani perdagangannya dengan barat. Pada tahun 1838 dan 1839
nilai wang perak yang dialirkan keluar berjumlah 37.9 juta paund. Kemasukan candu juga menyebabkan masalah
kesihatan dan sosial. Berbagai usaha dijalankan untuk menghalang perdagangan
ini contohnya 2 Jun 1838 Maharaja Tao Kuang telah mengharamkan perdagangan
candu dan hukuman berat akan dikenakan kepada siapa yang melanggar arahan. Lin
Tze Hsu Pesuruhjaya Tinggi di Canton pula telah dilantik untuk menghapuskan
candu. Antaranya beliau telah merampas dan memusnahkan candu pada 3 Jun 1839 di
Hu Men dan saudagar-saudagar asing diminta menandatangani surat untuk tidak
berdagang candu di China. Kapten Charles Elliat selaku Ketua Penguasa
Perdagangan Inggeris tidak bersetuju dan telah membawa Lord Palmerstone untuk
menuntut ganti rugi dari Kerajaan China terhadap candu yang dimusnahkan tetapi
gagal. Hubungan semakin runcing apabila Lin telah mengenakan larangan penjualan
makanan dan keperluan lain kepada Inggeris di Macao dan meminta bantuan
Perancis mengusir Ingeris. Ogos
1839 orang-orang Inggeris meninggalkan Macao dan berpindah ke Hong Kong.
Kedegilan keduanya akhirnya menyebabkan peperangan tidak dapat dielakkan.
KESIMPULAN
Peperangan telah
menyebabkan China kalah ditangan British. Kekalahan China menyebabkan mereka
terpaksa menandatangani Perjanjian Nangking yang menyebabkan Inggeris dapat
memulakan langkah di China dan menyebabkan maruah China sebagai negara yang
bertamadun tinggi jatuh seterusnya terpaksa membuka negaranya kepada
perdagangan barat dan menamatkan dasar isolasi secara terpaksa.
sumber-SKEMA PP P1 PAHANG
sumber-SKEMA PP P1 PAHANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan