PENGENALAN
Sistem ekonomi
bercorak feudal masih diamalkan secara meluas di Jepun pada abad ke 16. Sistem ini bertujuan
untuk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi golongan pemerintah di negara
tersebut.Feudalisme lahir kerana keperluan golongan lemah mendapatkan perlindungan
daripaada golongan kuat.Kedudukan geografi Jepun yg mempunyai banyak kepulauan
menyukarkan maharaja Cina mengawal tuan-tuan tanah yang dikenali sebagai
Daimyo.Oleh itu Jepun menjalankan dasar tutup pintu.Seterusnya mengawal ekonomi
Jepun.Ekonomi Feudalisme yang diamalkan ialah pertanian, perindustrian, atau
perusahaan tempatan,perikanan, perlombongan dan perdagangan.
SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN ABAD KE 16
PERTANIAN
Sepanjang abad ke-16 Jepun di perintah oleh tiga orang
shogun iaitu Kesyogunan
Ashikaga(1490-1573) Kesyogunan Nobunaga (1573-1582), dan Kesyogunan
Hideyoshi(1582-1598). Semasa
pemerintahan Ashikaga kegiatan pertanian
mengalami perkembangan yang sangat pesat. Dalam bidang pertanian penanaman dua
tanaman setiap tahun mula dilaksanakan.
Selepas penanaman padi petani-petani menanam tanaman seperti gandum dan
barli. Penanaman padi dan memelihara ulat sutera ialah pekerjaan di kawasan luar bandar.
Sungguhpun barli dan gandum ada ditanam di kws tanah tinggi dan biasanya
menjadi tanaman yang kedua selepas padi.
Sistem pengairan secara semulajadi digunakan dalam kaedah penanaman padi
iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak sungai.
Semasa era
pemerintahan Tokugawa, Jepun dikatakan Jepun dikatakan sebagai ekonomi beras.
Hasil pendapatan daimyo dan samurai diukur mengikut banyak beras yang dimiliki
dan bukannya mata wang. G.B Samson menyatakan bahawa kekayaan diukur mengikut
banyak beras yang dimiliki dan bukannya
mata wang. Petani dianggap sebagai jentera untuk menghasilkan beras bagi
mengisi perut golongan samurai.Tanaman teh juga penting dalam ekonomi
Jepun. Ladang-ladang di negara Jepun
kecil dan kegiatan pertanian secara
padat dijalankan berbanding negara China. Mereka menggunakan hampas dan bahan
buangan tanaman untuk menyuburkan tanah.
PERIKANAN
Kegiatan perikanan juga penting. Ikan
menjadi sumber protin utama masyarakat
Jepun. Persimpangan Arus Hitam yang
panas dengan Arus Kamachatka yang sejuk
berhampiran pantai Jepun menyediakan tempat perikanan yang baik. Oleh itu,
perusahaan menangkap ikan menjadi salah satu pekerjaan utama kepada penduduk
Jepun. Aktiviti ini telah lama menjadi sumber pendapatan dan merupakan sumber
penting dalam diet harian masyarakat
PERLOMBONGAN
Kegiatan perlombongan turut berkembang pesat
dengan pertambahan pengeluaran emas, perak dan tembaga. Semasa pemerintahan Oda
Nobuga pengeluaran emas, perak dan tembaga bertambah untuk perdagangan.
Perkembangan perindustrian telah membawa kepada perkembangan bandar di hujung timur
laut Inland yang dikenali sebagai Osaka. Sehingga penghujung abad ke-16, Osaka
menjadi bandar bebas di luar domain bangsawan feudal dan hanya dikuasai oelh
pedagang tempatan dan istana kuil.
PERUSAHAAN TEMPATAN
Selepas
petani, terdapat golongan tukang-tukang
termasuk ahli seni (lukisan dan sbgnya) yang sememangnya tukang yang terbaik.
Perusahaan ditubuhkan mengikut kesatuan peniaga Jepun sebagaimana juga di
negara-negara lain. Namun, kesatuan peniaga di Jepun tidak mengembangkan kuasa
seperti yang dijalankan oleh kesatuan peniaga China. Orang-orang perseorangan mempunyai kualiti
pertukangan yang tinggi dan terbaik dalam bidang seni. Biasanya golongan
veteran yang memiliki kemahiran tinggi.
PERDAGANGAN
Saudagar(Chonin) mengembara
secara bebas di seluruh Jepun untuk menjalankan kegiatan perniagaan mereka.
Perdagangan berkembang pesat apabila penggunaan syiling tembaga dengan meluas
di seluruh negara. Nobunaga memainkan peranan penting dalam perkembangan
perdagangan. Beliau telah memecahkan pemerintahan Hideyoshi yang menggantikan
Oda Nobunaga telah menggalakkan lagi aktiviti perdagangan. Beliau telah menambahkan
pengeluran emas, perak, tembaga untuk memudahkan percetakan syiling-syiling ini
(emas, perak, dan tembaga) bagi
meningkatkan perdagangan. Beliau telah memperkenalkan pendaftaran
tanah baru untuk memudahkan pemungutan
cukai. Beliau juga memperkenalkan sistem cukai tanah yang teratur berasaskan
pendaftaran tanah. Namun Jepun berjaya memberi sumbangan ke arah pertumbuhan
ekonomi pada zaman pemerintahan Sengoku Jidai. Orang Jepun mengimport barang
tropika dari China termasuk sutera, porcelin, buku, manuskrip, lukisan dan
barangan tembaga. Jepun juga mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan
negara-negara lain. Antara barangan utama termasuklah pedang, kipas berlipat
dan pemidang. Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan tinggi di
China. Tambahan pula pedang buatan Jepun
yang melengkung dan di perbuat dari besi keluli yang bersadur dikatakan lebih
baik buatannya daripada pedang damaskus
atau toledo dan mendapat permintaan tinggi serta dieksport dalam jumlah yang
besar. Pada abad ke 16, pedagang Eropah mendapati bahawa laut telah dikuasai
oelh pedagang Jepun berbanding China. Pada masa yang sama, Jepun telah
mengistiharkan diri mereka sebagai pedagang dan penjelajah di bandar-bandar
seluruh Asia Tenggara.
Hubungan
perdagangan juga dijalankan dengan Portugal pada abad ke-16. Menjelang tahun
1550, ramai pedagang Portugal telah memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti
perdagangan. Pada masa yang sama Jepun mula menerima teknologi barat seperti
teknologi kapal, teknik perang, persenjataan seperti senapang dan meriam,
kesenian dan penyebaran agama Islam. Pemerintahan Hideyoshi turut memberi
keistemewaan kepada William Adams, seorang rakyat British yang mempunyai
kepakaran dalam bidang perkapalan. Hideyoshi turut mengutamakan pembinaan
senjata seperti senapang dan meriam dalam persaingan politiknya dan sedang
berlangsung di kalangan daimyo.
Kesimpulan
sistem
ekonomi feudal di Jepun, didominasi oleh bidang pertanian kerana beras
merupakan sumber utama jepun.namun keadaan ini berubah pada tahun 1868 apabila
pemerintahan Shogun tokogawa berakhir dan digantikan dengan maharaja Meiji. Meiji
telah menjalankan dasar permodenan yang membawa satu era baru dalam
perkembangan ekonomi jepun seterusnya beralih kepada negara industri.
SUMBER-SKEMA PP P1 PAHANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan