Oleh-AHMAD BN YAAKOB
Menurut Zulkarnain Abdul
Rahman, dalam konteks penubuhan NATO dua perkara yang perlu diketengahkan iaitu
Britain memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO.Kedua, penubuhan
NATO dianggap antithesis kepada PBB yang dilihat tidak berupaya memainkan peranan
sebagai satu pertubuhan yang boleh mengekang atau menyelesaikan sebarang
konflik secara berkesan. Ini kerana PBB tidak memiliki sebuah pasukan tentera tersendiri.
Britain dikatakan memainkan peranan utama
dalam proses pembentukan NATO. Sekiranya dirujuk kepada koleksi surat-surat
peribadi Ernest Bevin, setiausaha Luar Britain dari tahun 1946 hingga 1951, dan
dokumen yang dihasilkan oleh Foreign office, pihakBritish sememangnya menyusun
strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses
penubuhan NATO. Ini bermakna, pihak British berjaya untuk tidak menonjolkan
peranan mereka walaupun pihak British merupakan key player dalam proses pembentukan NATO.[1]
Dalam hal ini, Britain yang ketika itu
diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan
pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika
Syarikat. Berdasarkan pengalaman Britain, sesuatu pertubuhan itu kurang
berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas
Liga Bangsa.
Andrew Priest dalam bukunya, Kennedy,
Johnson and NATO: Britain, America and the Dynamics of Alliance, 1962 - 68,
menyatakan bahawa Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dipertanggungjawabkan
untuk Educating the Americans bagi menghadapi ancaman Soviet Union khususnya
selepas tahun 1945.
Ritchie ovendale pula menegaskan bahawa Presiden
Harry S. Truman masih belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan
pihak United Kingdom perlu membuat perancangan jangka paniang penglibatan
Amerika Syarikat dalam soal keselamatan di Eropah khususnya. Oleh itu, kewujudan
NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.
Sesungguhnya Perang Dingin telah menyebabkan
hubungan antara United Kingdom dan
Amerika Syarikat menjadi lebih akrab. Hubungan di antara kedua-dua kuasa besar
dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam tiga bentuk;
(a) perundingan diplomatik. walaupun
hubungan kedua-dua negara nampak kompleks namun membuka banyak ruang
perundingan dan perbahasan pelbagai peringkat birokrasi.
(b) Kerjasama ketenteraan. Kerjasama
bilateral semakin rancak khususnya tentera udara dan tentera laut.
(c) Perisikan. Kerjasama
perisikan menguntungkan kedua-dua pihak khususnya antara Federal Bureau of Investigation
(FBI) dart central Intelligence Agency (ClA) di pihak Amerika Syarikat dan M16
secret lntelligence service (SIS) dan M15 Security Service di pihak Britain
Bagaimanapun hubungan antara united
Kingdom dan Amerika Syarikat terjejas sedikit kesan pengenalan Atomic Energy
Act of 1946 (McMahon Act) yang melarang Amerika Syarikat mengadakan kerjasama
nuklear dengan negara-negara lain kerana dibimbangi berlakunya percambahan aktiviti
pembinaan senjata nuklear di tempat-tempat lain.
Pengenalan akta tersebut mengecewakan
Britain kerana Britain bercita-cita membangunkan senjata nuklear dan ingin
mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat. Britain akhirnya membuat
keputusan sendiri untuk membangunkan senjata nuklear. Beberapa siri rundingan telah diadakan dengan Amerika
Syarikat yang bertujuan mendapatkan maklumat dan kepakaran berkaitan proses
membina senjata nuklear. Akhirnya pada tahun 1952, Britain berjaya menghasilkan
empat senjata nuklear di belakang Amerika Syarikat (128) dan Soviet Union
(16).Berkaitan dengan kelemahan PBB pula, persoalan yang timbul ialah pihak
atau negara mana yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan negara mana yang
akan membiayai segala perbelanjaan sepanjang misi ketenteraan PBB.[2]
Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar
dunia yang merupakan anggota Majlis Keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto ketika
itu selalunya lebih banyak bersetuju untuk tidak bersetuju dalam menangani mana-mana
konflik antarabangsa. Soviet Union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai
tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia, dan tidak menghormati
kebebasan inidividu sebagaimana yang dipraktikkan di Eropah.
Soviet Union didakwa oleh pihak Barat
lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik yang berideologikan komunisme
di Eropah atau di Asia. sikap Soviet Union dilihat sebagai penghalang utama
bagi kuasa-kuasa besar dunia mencapai kesepakatan dalam PBB bagi menangani
isu-isu antarabangsa.
Perkembangan politik antarabangsa seperti
ini sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain dan Amerika
Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO. Soviet Union pula memberi
satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika Syarikat dan Amerika Syarikat ialah
NATO. Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding
negara-negara lain.
Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam
NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan NATO sebagai
institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia secara praKtikal
bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.Tentera Amerika
ditempatkan di Jerman dan Turki selepas Perang Dunia Kedua supaya komunisme
dapat disekat.[3]
Pandangan seorang ahli psikologi, Jerome
Bruner pada tahun 1944 mungkin relevan. Beliau berpendapat bahawa orang Amerika
tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu organisasi yang tidak boleh dikuasai mereka.
Mereka ialah ahli NATO yang setia (seperti juga mereka sebagai ahli PBB yang
setia), dan dalam masa yang sama mereka cenderung bertanyakan apa yang boleh dilakukan
oleh NATO dan PBB untuk Amerika Syarikat daripada apa yang Amerika Syarikat
boleh lakukan untuk kedua-dua organisasi itu. Lama kelamaan, jika NATO tidak
ingin merosot, sesuatu yang lebih, perlu diberikan kepada Amerika Syarikat daripada
ahli-ahli yang lain.[4]
a.Keselamatan Eropah.
b.Menghadapi Pakatan Warsaw.
c.Kerjasama ketenteraan
d.Kerjasama Perisikan.
[1] Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar
Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2014),328.
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan
Ayadurai Letchumanan, Sejarah
Dunia 1500-1955 (Shah Alam:
Oxford Fajar 2015),478.
[4]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1 ,330.