Golongan
pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja
untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah
diberikan atau diarahkan kepadanya. . Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar
bermakna orang yang berpangkat tinggi. Golongan ini juga dikenali sebagai
golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran
yang diarahkan oleh raja atau maharaja. Tanggungjawab yang diberikan kepada
pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu pengukur dalam
pengenalan tugas sebagai pembesar.
Kedua-dua
buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada
pemerintah dalam mentadbir negara. Secara kasarnya, raja atau maharaja China
dan Rusia rnenggunakan kaedah lantikan untuk melantik pembesar berkhidmat
dengan mereka. Namury pembesar di China hanya dilantik setelah melalui sistem
peperiksaan awam. Hal ini berbeza dengan Rusia iaitu banyak bangsawan baru
lahir terutama yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang ketenteraan.
Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau
maharaja Rusia.
Pembesar
Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan
awam seperti China. Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja
atas nasihat pegawai dari Kementerian Adat dan hanya dilantik jika mempunyai
latar belakang peperiksaan awam kerajaan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan
awam akan diserap menjadi pembesar di China.
Peranan
pembesar di China dan Rusia mempunyai persamaan dan perbezaan daripada beberapa
aspek. Antaranya ialah pentadbiran pusat. Pentadbiran pusat di China
memperlihatkan maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau
institusi, iaitu Sekretriat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan
Censorate (Lembaga Penapis). Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada
setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja menyelia dan menyelaras enam
badan kementerian dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam
badan kementerian tersebut.
Seterusnya, maharaja dibantu oleh Mailis
Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ahli
majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan
dan pentadbiran China dan terbahagi kepada enam badan
kementerian. Enam badan kementerian ini menguruskan hal ehwal China mengikut
pengkhususan masing-masing.Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi
memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.
Sistem
pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh
Duma, Zemskii Sabor dan Priknzi. Duma ialah penasihat tertinggi manakala
Zemskii Sabor pula ialah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada
Duma. Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang
diluluskan Duma. Seterusnya semasa pemerintahan Peter, Durna dan Zemskii Sabor
telah digantikan dengan Majlis Senate. Colleges pula dibentuk untuk membantu
Majlis Senate dan menggantikan Prikazi. Seterusnya, pemerintahan Alexander I
memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihat
berhubung dengan dasar negara. Berbeza di ChinaPenasihat raja atau maharaja
ialah Sekretariat Agung yang membantu menyelia dan menyelaras
kementerian-kementerian di China.
Selain itu,
pemerintahan daerah dan wilayah di China juga berbeza dengan Rusia. China
memperlihatkan skruktur organisasi pentadbiran peringkat
wilayah diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu
hakim dan komander tentera wilayah. Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada
pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir
oleh enam orang menteri yang dibantu oleh gabenor setiap daerah, penyelia
wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.
Tentera pula
mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu manakala pegawai pengawas
kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat. Pemerintahan
wilayah di China semasa Dinasti Ching mempunyai persamaan dengan pentadbirair
daerah semasa era Catherine yang menunjukkan khidmat gabenor atau naib gabenor
digunakan dalam pentadbiran. Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh
pegawai-pegawai daerah.
Namun
begitu, pemerintahan peringkat wilayah di Rusia berbeza dengan China yang
ditadbir oleh Zemstao Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstuo Daerah manakala
daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstao.
Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada Komun
atau mir atau Majlis Kampung yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk
memungut cukai yang telah
ditetapkan.
Di samping
itu penggubalan dasar di negara China juga dilakukan oleh organisasi khas.
Anggota lmperial Secratariat ialah mereka yang
bertanggungjawab membuat dasar negara manakala lmperial Cancelory pula
bertanggungjawab meminda sesuatu dasar. Selain itu, pembesar wilayah yang
dilantik daripada kalangan bijak pandai (gentry) turut dibenarkan mengubah
dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan
keadaan setempat. Berbeza dengan China penggubalan dan meluluskan dasar
tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi
dalam sistem pembesar di Rusia.
Selain itu,
raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi yang
menyiasat tentang pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin
taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas. China memperlihatkan
penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga
maharaja. Kuasa utama mereka terletak pada 110 pegawai penyiasat yang
ditugaskan membendung amalan korupsi,'penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan.
Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan