Oleh-AHMAD YAAKOB
HP-Membincangkan
membandingkan sistem pemerintahan raja mutlak dan raja berperlembagaan
di England dan Perancis pada abad ke-16-18.
1.a) Konsep raja berkuasa mutlak dan Raja Berperlembagaan.
Maksud raja berkuasa mutlak
Sistem
Raja berkuasa mutlak bermaksud cara pemerintahan raja yang tidak
dikawal oleh parlimen.Melalui sistem ini kehendak pemerintah ialah
undang-undang. Kemunculan sistem pemerintahn ini disebabkan kekayaan
yang diperoleh raja-raja negara bangsa melalui aktviti perdagangan.
Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancis dan England pada abad
ke-16 dan 17. Menurut sistem pemerintahan beraja mutlak, raja dilantik
atas kehendak Tuhan untuk memerintah rakyat. Menjadi tanggungjawab
rakyat untuk membantu raja dalam menjalankan pentadbiran. Sekiranya raja
bertindak kejam dan berlaku tidak adil, rakyat harus menerimanya dengan
tenang sebagai hukuman atas dosa yang dilakukan mereka. Pandangan ini
diterima oleh pihak gereja dan mendapat sokongan daripada raja-raja
negara bangsa.[1]
1.Raja berkuasa mutlak di England
England
berada dalam pemerintahan beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi. Sistem
beraja mutlak diasaskan oleh Ran Henry VII pada tahun 1485 dan baginda
merupakan pengasas Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan ini terus
diamalkan sehingga tahun 1603.Pemerintahan sistem beraja mutlak terus
diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1602 sehinggalah berlaku
Revolusi Cemerlang di England.[2]
1.Dinasti Tudor.
Raja Henry VII - 1485-1509
Raja Henry VIII - 1509-1547
Mary I - 1553-1559
Ratu Elizabeth I - 1559-1603.
Setelah
berakhir Perang Bunga Ros, makoriti masyarakat di England bersetuju
menerima sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif untuk
menyelesaikan keadaan huru-hara yang berlaku sebelum ini.[3]
Melalui
sistem pemerintahan beraja mutlak di England, raja berkuasa penuh
menggubal dan melaksanakan dasar Kedudukan raja mengatasi undang-undang.
Sistem ini dapat membentuk kerajaan yang stabil dan mendapat sokongan
rakyat. Raja menjalankan pemerintahan berdasarkan Magna Carta atau
Piagam yang digubal untuk mengawal kuasa raja.
Sistem
ini tidak mementingkan kesucian raja. Raja-raja Tudor bekerjasama dan
mengawal dua buah parlimen England iaitu House of Lord dan House of
Common. House of Lord ialah golongan tuan tanah yang kaya, golongan
Bishop dan Kerabat Diraja. House of Common terdiri daripada knight,
orang kaya dan peguam.[4] Raja berjaya menangani tentangan golongan puritan (penganut Protestan) terhadap golongan Anglican.[5] Anglican ialah gereja kebangsaan di England.
Raja-raja
Tudor yang memerintah England berjaya mengawal kedua-dua gereja
tersebut dengan baik. Raja-raja seperti Raja Henry VII, Raja Hendry VIII
dan Ratu ElizabethI tidak mementingkan prinsip kesucian raja dalam
melaksanakan pemerinahan mereka.[6]
Dinasti Stuart (1603-1702)
Raja James I
Berpegang
kuatkepada doktrin kuasa raja suci raja. Dasar pemerintahan Raja James I
memihak kepadamazhab Katolik. Beliau menghawinkan puteranya dengan
puteri Perancis yang bermazhab Katolik. Raja James I membubarkan
parlimen pada ahun 1611.[7]
Raja Charles I
Raja
Charles I tidak menyukai golongan puritan. Baginda membelakangi
parlimen dalam kutipan cukai. Raja Charles I menahan 9 orang ahli
parlimen yang menentang baginda. Raja Charles I membubarkan parlimen dan
memerinah secara mutlak selama 11 tahun.
[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955,123.
[2] “Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,62.
[3]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
[4] Ibid,125.
[5]“Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,63.
[6]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,125.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan