oleh -Ahmad Yaakob
1.4 Masyarakat Industri (England dan Jerman).
Definisi masyarakat industri
Masyarakat
industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang
perindustrian.Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan
bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.Masyarakat industri
merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta
perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
Kemunculan
masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di
England pada abad ke-l8.Masyarakat industri telah menggantikan
masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri.Masyarakat ini
terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja
industri. Istilah 'masyarakat industri' mula-mula diperkenalkan oleh
seorang tokoh sosialis Perancis, iaitu Saint-Simon.Namun begitu, idea
berhubung dengan konsep masyarakat industri telah muncul lebih awal
lagi. Dalam konteks ini, seorang tokoh berbangsa Scott mengemukakan
konsep'masyarakat komersial' dalam penulisan beliau.Menjelang abad
ke-19, tokoh sosiologi terkenal seperti Herbert Spencer, Auguste Comte,
Max Weber, dan Karl Marx menggunakan istilah ini secara meluas.
Ciri-ciri Masyarakat lndustri
Masyarakat industri mempunyai ciri-ciri tersendiri yang temyata berbeza dengan masyarakat agraria.
Antara ciri-ciri masyarakat industri ialah:
(a) kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besar-besaran.
Masyarakat
bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan
punca pendapatan bagi menyara hidup.Masyarakat industri mempunyai
kemahiran dalam pengendalian mesin yang digunakan secara meluas dalam
pengeluaran barangan.Mereka menghasilkan barangan secara besar-besaran
untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa. Apabila mesin
digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja kilang beralih ke
sektor industri
perkhidmatan.
(b)pengkhususan kerja
Penggunan
mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan
berlaku pengkhususan kerja.Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan
sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan.Pembahagian
kerja dan pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos
operasi serta meningkatkan pengeluaran.
c.Mobiliti sosial
Salah
satu fenomena yang ketara dalam masyarakat industri ialah berlaku
mobiliti sosial. Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian telah
menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat.Tambahan pula
peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan
yang tinggi.Hal ini menyebabkan masyarakat dapat menikmati kehidupan
yang mewah dan makmur.
Ini telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan kelas menengah dalam masyarakat.
(d)kemunculan kelas
Masyarakat
industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas
pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah,
dan Pengusaha lombong. Dalam pada itu, golongan pekerja amat bergantung
kepada golongan kapitalis. Pada peringtat awal, proses perindustrian
membawakesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagaiburuh di
kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran, muncul golongan
Profesional.Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan golongan
Pekerja meningkat.
(e) urbanisasi
Masyarakat
industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan
bekerja di kilang-kilang. Selepas tercetus Revolusi Perindustrian, ramai
penduduk luar bandar berhijrah ke bandar.Kebanyakan daripada penduduk
dari luar bandar berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja di
kilang.Fenomena ini menyebabkan lahir proses urbanisasi khususnya di
bandar perindustrian.Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan
penduduk secara mendadak di kawasan bandar.Penghijrahan pekerja secara
beramai-ramai telah mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar
perindustrian.Antara bandar perindustrian yang mengalami proses
urbanisasi di England ialah Manchester, Leeds, Liverpool dan Lyons.
(f) masyarakat literasi
Masyarakat
industri juga merupakan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
berpendidikan. Oleh yang demikian, mereka terdedah kepada unsur-unsur
demokrasi dalam kehidupan seharian mereka.Masyarakat ini menggunakan
ilmu secara sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan
aktiviti sosial yang lain.
(g) semangat keusahawanan
Masyarakat
industri juga merupakan pengusaha industri yang terlibat dalam
pertumbuhan sektor perindustrian.Antara pengusaha industri yang terkenal
ialah James Watt (1736-1819) dan Matthew Boulton (1728-1808).Mereka
mempunyai semangat keusahawanan dan daya kreativiti serta inovatif yang
tinggi dalam bidang perindustrian.Mereka memiliki modal yang mencukupi
bagi membeli mesin baharu dan membuka kilang perindustrian.
(h) perkembangan sains dan teknologi.
Masyarakat
industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang
sains dan teknologi.Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu
dalam pertumbuhan sektor perindustrian.Perkembangan ini menyebabkan
lahir golongan saintis yang menghasilkan mesin baharu bagi kegunaan
perindustrian.Pada peringkat awal, mesin berkuasa wap dihasilkan oleh
Thomas Newcomen dan James Watt.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan