Raja Charles II 1660-1685
Pemulihan sistem monarki di
England dilakukan berasaskan kompromi dan persefahaman antara raja dengan
parlimen. Raja Charles II ditabalkan sebagai raja England. Bagaimanapun parlimen
memberi peringatan kepada Raja Charles II bahawa England akan mengamalkan
sistem raja berperlembagaan bukannya sistem pemerintahan beraja yang berasaskan
teori hak kesucian raja.
Pada peringkat pemerintahannya, Raja
Charles II cuba melaksanakan dasar yang tidak mencetuskan perasaan tidak puas
hari parlimen. Sekali lagi soal agama menjadi punca pertelagahan antara
parlimen dan raja. Kebanyakan rakyat England bermazhab protestan.Perkembangan
di Eropah Barat menimbulkan kebimbangan mazhab Katolik akan berpengaruh semula
di England. Kebimbangan ini semakin nyata apabila Raja Charles II mengadakan
satu perjanjian sulit dengan Raja Louis XIV dari Perancis yang berperang dengan
Belanda. Melalui perjanjian ini, Perancis berharap England kembali di bawah
pengaruh Roman katolik.[1]
Raja Charles II membuat penhistoharan
Diraja yang dikenali sebagai Declaration of indulgence 1672 yang bertujuab
memansuhkan undang-undang yang menyekat penganut Katolik melakukan amalan
tradisi mazhab mereka. Golongan Katolik juga tidak disekat untuk menjawat
jawatan dalam perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan. Pihak parlimen
bertindak balas dengan meluluskan Test Act 1673 yang melarang orang Katolik
memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.[2]
Baginda juga memansuhkan pemerintahan Komanwel
dan meluluskan undang-undang mengikis fahaman Puritan dari England.Undang-undang
Habeas Corpus Act pada tahun 1679. Akta ini bertujuan mensyaratkan seseorang
yang ditangkap mesti dibawa ke muka pengadilan dan diberi sebab mengapa
dipenjarakan.Menyekat kuasa raja memenjarakan tahanan politik dengan sesuka hati
bagi jangka masa yang panjang tanpa mendakwa si pesalah.[3]
Wujud perkembangan
politik kepartian
Wujud, dua parti (Whig dan
Torries) yang dikuasai golongan aristokrat, gentry dan boujuis. Parti Whig
ditubuhkan untuk menentang pemulihan sistem pemerintahan beraja mutlak dan
memperjuangkan kedudukan parlimen sebagai institusi pemerintahan tertinggi.
Selain itu, parti ini turut berjuang
bagi menjamin hak rakyat mendapat perlindungan kehidupan dan harta-benda.
Raja Charles II meniggal dunia pada tahun
1685 setelah memerintah England selama 25 tahun. Adinda Raja Charles II, Raja
James II menaiki takhta. Baginda ingin memulihkan kembali doktrin kuasa suci
raja. Beliau melantik pengikutnya yang bermazhab Katolik menjawat jawatan dalam
kerajaan dan memegang kedudukan di Universiti. Tindakan baginda bertentangan
dengan Test Act.
Pada peringkat awal, ahli parlimen tidak
berhasrat menjatuhkan Raja James II kerana waris takhta akan jatuh kepada
puterinya Mary II yang berkahwin dengan Raja William of Orange dari Belanda
yang bermazhab Katolik. Apabila Raja James II mendapat seorang putera dengan
isteri kedua dari Perancis yang bermazhab Katolik, Parti Whig dan Torries
bimbang England akan diperintah oleh raja bermazhab Katolik. Raja james II
disingkirkan daripada takhta, Mary II dan suaminya William of Orange ditabalkan
sebagai Raja England.Peristiwa ini dikenali sebagai Glorioius Revolution.[4]
Mary II dan William of Orange menjadi Raja
England selepas berlakunya
Revolusi Cemerlang
- Revolusi Cemerlang membawa
pengisytiharan beberapa undang-undang oleh parlimen:
a) Pengisytiharan hak:
- Parlimen mesti mengadakan
persidangan daripada masa ke semasa
- Parlimen sebagai institusi
yang mewakili rakyat
- Parlimen mempunyai keutuhan
dalam soal legislatif dan eksekutif
- Rakyat mempunyai hak
menghadap raja ke muka pengadilan
- Raja England mesti dari mazhab
Protestan
a) Toleration of Act 1699
(Undang-undang Toleransi)
- Beri kebebasan beragama bagi
penganut Kristian Protestan
- Bill of Right pada 1699
kemukakan bidang kuasa raja
Raja diiktiraf sebagai ketua
negara,Raja tiada lagi kuasa autokratik,Raja tidak boleh memansuhkan
undang-undang yang diluluskan parlimen dan Raja tidak boleh campur tangan dalam
urusan mahkamah.[5]
Kesimpulannya, kemenangan parlimen dalam
Revolusi Inggeris 1688 merupakan kemenangan demokrasi kelas berharta. Secara keseluruhannya,
konflik pemerintahan beraja di England berkisar kepada dua isu, iatu raja yang
membelakangkan parlimen dan isu keagamaan.
[1]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,132.
[2]Ibid.
[3]“Raja Mutlak dan Raja
Berperlembagaan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,64.
[4]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,132.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan