TAJUK 2: PEMERINTAHAN DAN
PENTADBIRAN
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Menjelaskan kedudukan dan peranan Maharaja China dalam
pemerintahan.
a)Konsep raja dan Maharaja
Sekitar abad ke-16-20 China
diperintah oleh Dinasti Ming (1368-1644) dan kemudiannya oleh Dinasti Ching
(1644-1911) Pemerintahan yang diamalkan oleh kedua-dua dinasti ini bercorak
autokrasi. Sistem petandbiran yang diamalkan merupakan warisan daripada dinasti
yang terdahulu.[1]Dalam
sistem pemerintahan beraja, Maharaja China menduduki hierarki teratas dalam
struktur sosial. Maharaja mempunyai kuasa yang cukup besar.Konsep beraja
menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan pemerintahannya.[2]
b)Kedudukan Maharaja
Konsep mandate of heaven atau
mandat dari syurga menerangkan Maharaja sebagai wakil darisyurga atau anak
syurga dan memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja
atau maharaja.Konsep mandat ini menjelaskan Tuhan telah menganugerahkan ke atas
raja atau maharaja satu kuasa untuk
memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang
boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda.[3]
Melalui konsep ini Maharaja menduduki hierarki tertas dan paling berkuasa dalam
kerajaan. Maharaja juga mendapat penghormatan tertinggi.[4]
c)Peranan Maharaja
1.Politik
a)Ketua pemerintah berkuasa
mutlak.
Maharaja China berkuasa mutlak
dan berperanan penting dalam urusan dasar luar negara, ketua perundangan,
eksekutifdan kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis
Tertinggi Jabatan Penapis (pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan.
b)Melantik pembesar
Maharaja berperanan melantikdan
melucutkan jawaan pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar diperingkat
pusat dan wilayah.
c)Ketua tentera
Maharaja bertanggugjawab
memastikan keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan
meluaskan emapayar semasa peringkat awal Dinasti Ming.
d)Ketua hakim/perundangan .
Setiap rahan Maharaja menjadi
undang-undang.
2.Ekonomi
a)Memajukan ekonomidengan
mengamalkan Dasar Tutup Pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara
seperti pungutan cukai/ufti dan menetukan sistem sukatan dan timbangan.
b)Berkuasa ke atas tanah kerana
merupakan hak raja.
3.Sosial
a)Ketua adat-istiadat.
Adat kow-tow dan memastikan
alat-alat kebesaran Diraja sentiasa dijaga.
b)Pemimpin inteletual
Maharaja merupakan pemimpin
intelektual istana sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat
peperiksaan awam kerajaan.
4.Agama
a)Ketua agama
Maharaja ketua agama Buddha,
Taoismedan Confucius dan memastikan rakyat patuh ajaran agama serta memastikan
agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti agama Kristian.[5]
[1]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi
Kedua 2015),.63.
[2]“InstitusiPemerintahan
Raja/Maharaja”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013)50 .
[3]Mahdi
Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks
STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan
Pelangi 2015),72.
[4]InstitusiPemerintahan
Raja/Maharaja”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 1,50.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan