TAJUK 2:PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Membandingkan peranan pembesar dalam pemerintahan China dan Rusiaabad ke-16-20 (1500-1999)
1.a)Konsep pembesar
Institus
pemerintahan di China dan Rusia memperlihatkan raja atau Maharaja
melaksanakan pemerintahan dengan bantuan dan sokongan institusi
pembesar. Umumnya golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang
dilantik oleh raja atau Maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan
melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau diarahkan
kepadanya. Kamus Dewan pula mentakrifkan pembesar bermakna orang yang
berpangkat tinggi. Oleh yang demikian dalam sistem pemerintahan beraja
dan Maharaja pembesar sangat penting dan berada pada aras kedua selepas
kedudukan raja atau maharaja.[1]
Pembesar
juga berperanan penting dalam sistem pentadbiran monarki dan merupakan
tulang belakang kepada maharaja. Pembesar membantu maharaja dalam
pemerintahan dan pentadbiran. Pembesar dilantik secara rasmi oleh
maharaja.[2]
b)Kedudukan pembesar di China
Pembesar
di China berada pada aras kedua selepas maharaja.Mereka terdiri dari
golongan bangsawan dan sarjana. Golongan pembesar di China terdiri
daripada individu yang menerima pendidikan Confucius dan perlantikan
mereka adalah berdasarkan pencapaian dalam Peperiksaan Perkhidmatan
Awam. Golongan cerdik pandai diberi keutamaan dalam menjawat jawatan
pembesar di peringkat wilayah.Selain golonga cerdik pandai/mandarin
pembesar juga terdiri daripada ketua-ketua tentera.Mereka mendapat
kedudukan istimewa dalam sistem pemerintahan di China.Ini kerana
maharaja juga terpaksa bergantung kepada mereka untuk menjalankan
pentadbiran. [3]
c)Peranan pembesar di China
1.Peringkat pusat.
Terdapat
tiga fasa pentadbiran iaitu pentadbiran awam, tentera dan
tempatan.Pembesar memegang jawatan penting dan membantu maharaja dalam
pentadbiran di peringkat pusat.Mereka berkhidmat dalam jabatan kerajaan.
Mereka menganggotai Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan
Menteri) dan Lembaga Penapis.[4]Mereka
memengang jawatan dalam Jabatan Kerajaan seperti Jabatan Awam, Jabatan
Hukuman, Jabatan Perkhidmatan,Jabatan Hasil dan Cukai dan Jabatan
Upacara dan Istiadat.[5]
2.Peringkat wilayah
Gabenor
dilantik untuk mentadbir wilayah. Gabenor diberi kuasa autonomi dalam
pentadbiran wilayah.Gabenor berperanan memelihara keamanan dan mengtip
cukai daripada penduduk. Gabenor berhubung langsung dengan pemerintah
peringkat pusat.[6]
3.Ketua tentera
Ketua tentera bertangungjawab memastikan keamanan wilayah. Mereka mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.
4.Golongan inteletual (gentry)
Mereka
mendapat pendidikan Confucius dan lulus dalam Peperiksaan Perkhidmatan
Awam.Mereka diberi keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan dan di
istana.[7]
[1]Mahdi Shuid,Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed, Teks STPM Sejarah (Sejarah Dunia) Penggal 1,(Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi 2015),110.
[3] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.98.
[4]“Pembesar”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,56
[5]Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.98.
[6]“Pembesar”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1,57.
[7]Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan