1. Masyarakat maritim
di negara Jepun.
Kemunculan Jepun sebagai kuasa
maritim boleh dikesan sejak abad ke - 3M apabila menjalinkan hubungan dengan China
dan Korea pada dinasti Qin (221 - 206M). Di samping itu, pedagang Jepun juga
menjalankan kegiatan pedagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
Kemunculan Jepun sebagai kuasa dagang/
maritim dapat diperhatikan dengan jelas pada abad ke-14 M.Menjelang abad ke-16,
Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran pedagang Barat
ke negara tersebut. Kehadiran kuasa Barat menyebabkan Jepun bangkit sebagai
sebuah kuasa maritim di Asia.[1]
Definisi masyarakat maritim.
Masyarakat Maritim bermaksud
masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang
berkaitan dengan laut.Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk
menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatankelautan. Pelabuhan ini akan
dilengkapi dengan berbagaibagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal,tempat
menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli.
Masyarakat maritim merupakan masyarakat
yang tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan,membuat kapal,
menangkap itan aa, mengutip hasil laut.Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai
Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap
di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan